-->
GADIS ONLINE

Thursday, 26 April 2012

Antara Kelebihan-Kelebihan Cinta Kepada Allah

love allah


Walau sehebat mana sekalipun seseorang itu dalam hubungan percintaannya sesama manusia sama ada lelaki atau wanita tetapi cinta kepada Allah adalah yang paling utama dan paling yang paling terbaik.


Sesiapa yang menjadikan Allah sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Rugilah seseorang muslim atau muslimah itu jika ia tidak menyintai Allah. Mari kita ketahui di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:


1. Tiada Kecewa


Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Allah, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.


2. Tiada Saingan


Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.


3. Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan


Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan di dalam usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.


Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Allah itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Allah itu Maha Luas RahmatNya.


Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.


Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.


4. Dapat Kawan Dan Perpaduan


Bersama-sama mencari cinta Allah membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Allah, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain.


Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.


5. Menghilangkan Mazmumah


Mencari cinta Allah dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan.


Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.


6. Disenangi Oleh Orang


Mengejar cinta Allah ia akan berada di dalam senang dan tenang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Allah. Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk.


Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya kerana makin ramai yang merebut mencintai Allah, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan dan ketenangan hidup.


7. Tidak Akan Kesepian Atau Keseorangan


Memburu cinta Allah tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Allah yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Allah bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Allah boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.


Meletakkan cinta dan harap pada Allah akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Allah, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.


8. Jalannya Luas Dan Selamat.


Mengejar cinta Allah jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudaratkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Allah sebagai cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Allah.


Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat.


Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Allah yang tidak pernah kita cintai makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cintai.


Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Allah yang tidak pernah kita cintai sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Allah tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Allah yang tidak kita cinta.


Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Allah yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Allah perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Allah sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya.


Oleh kerana begitu besar dan agungnya Allah dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Allah. Sertakan Allah di dalam kehidupan kita dengan membuat apa sahaja hanya kerana Allah dengan melakukan apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.


Alangkah indah dan bertuahnya sekiranya kita di dalam golongan hamba yang dikasihi dan disayangi olehnya :)
Posted by NURQALINA at 20:03 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta

heart

Jujurkah kalian di antara satu sama lain? Ikhlaskah masing-masing dalam bercinta? Harus diingatkan, walaupun bibir melafazkan perkataan jujur dan ikhlas, namun hati sendiri yang harus ditanya berulang kali demi mendapatkan kepastian yang sebenarnya.


Apabila cinta hadir, dunia anda mungkin berubah, perasaan yang indah membuai jiwa, bibir sering terukir senyuman, mata bersinar bak permata dan tutur bahasa sering dikawal rapi. Namun jangan sampai anda menjadi orang lain dan mencipta personaliti diri yang lain untuk kepuasan hati.


Manusia memang mudah berubah kerana cinta dan manusia sanggup membuat apa sahaja kerana cinta. Jangan pula anda terkejut dengan perubahan rakan-rakan anda yang dilamun cinta. Hari ini dia begini dan esok lusa dia berubah seperti anda tidak mengenali dia dan itulah penangan cinta.


Cinta boleh mengubah anda menjadi insan yang baik sekiranya anda jujur dalam percintaan dan juga mengikuti landasan yang betul tetapi awas, cinta juga boleh mengubah anda menjadi insan yang hina sekiranya anda termakan dengan pujuk rayu yang tidak berasas.


Semua orang pasti seronok apabila berada di alam percintaan. Perhatian yang didahagakan selama ini hadir mencurah-curah, rasanya seperti dunia ini anda yang punya. Namun awas! Adakah anda jujur menjadi diri sendiri? Ataupun anda telah mencipta seseorang yang berbeza daripada seiapa kamu yang sebenarnya semata-mata takut kehilangan cinta?

wear mask


Kebanyakkan remaja dilihat secara sengaja atau tidak sengaja mencipta karakter yang bukan semula jadi demi menjaga perhubungannya. Contohnya, berpura-pura manja secara berlebihan, berpura-pura suka bersolek, membuka tudung apabila keluar dating kerana buah hati kata lebih cantik tanpa bertudung, sanggup meminjam motor kawan untuk bersiar-siar dengan pasangan, meminjam duit emak, ayah dan rakan semata-mata untuk belanja kekasih dan banyak lagi. Pasti ada yang terasa hati apabila terkena pada diri sendiri bukan?


Yang penting di dalam hubungan percintaan adalah soal berterus-terang dengan pasangan tentang yang ada selesa dan apa yang anda kurang selesa. Usah terlalu mudah mengikuti permintaan pasangan tanpa usul periksa atau terlalu menurut hati sendiri semata-mata kerana ingin membahagiakan si dia.


Anda harus jujur dengan diri anda sendiri dan juga pasangan anda. Sekiranya anda tidak mampu atau tiada duit untuk keluar dating anda haruslah berterus-terang dengannya. Pasti si dia akan memahami anda sekiranya pasangan anda itu betul-betul mencintai anda.


Anda juga perlu kuatkan diri anda supaya tidak mudah termakan pujuk rayu pasangan anda. Lelaki terkenal dengan kata-kata manisnya dan kata-kata manis ini mudah mencairkan hati wanita. Jadi awas! Jangan mudah termakan pujuk rayu lelaki. Hidup harus ada pendirian dan pendirian haruslah teguh serta tidak mudah dibuai pujuk rayu oleh sesiapa pun.


Dunia memang seperti anda yang punya saat bercinta, sms, BBM atau laman sosial setiap saat dimana anda tidak boleh lekang daripada berkomunikasi dengan pasangan kerana tidak mampu untuk berpisah walaupun sekejap. Bagi pasangan yang bercinta si dia memberitahu apa yang dilakukan sudah memadai untuk melepaskan rindu.


Bercinta-bercinta juga, tetapi janganlah sampai masa untuk belajar, bekerja, rakan dan keluarga diabaikan pula. Lantaran itu, adalah perlu bagi anda untuk mendisplinkan diri agar membahagikan masa seadil-adilnya diantara rakan, pasangan dan juga keluarga tercinta.


Perjalanan anda sebagai seorang remaja masih terlalu jauh dan terlalu banyak yang anda harus tempuhi. Bercinta memanglah seronok, berkasih-kasihan memang indah, namun ia juga boleh menjadi racun kepada kehidupan anda sekiranya anda mengabaikan pelajaran dan juga kecundang dalam arus percintaan.


Remaja hari ini terlalu mudah untuk menyerahkan segala-galanya termasuk mahkota diri (wanita) semata-mata untuk mendapatkan cinta daripada pasangannya. Wahai wanita! Anda perlu ingat. Mahkota diri anda itu hanyalah untuk yang halal bagi anda iaitu suami anda yang sah dan bukanlah untuk pasangan “Couple” anda itu. Sekali anda terjebak dengan pujuk rayu pasangan anda, anda pasti akan menyesal seumur hidup.


Jadi, sekiranya anda bercinta anda perlulah mengetahui batas-batas hubungan dalam percintaan anda. Dan untuk mengelakkan terjadinya perkara tidak diingini anda perlu mengikut landasan cinta yang dibenarkan di dalam islam. Barulah kehidupan dan hubungan anda itu akan berkekalan dan bahagia sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hanyat insyaAllah.
Posted by NURQALINA at 19:59 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan

lelaki tidak serius

Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubungan mesti kita hendak tahu pasangan kita itu serius atau tidak atau sekadar teman untuk berseronok sahaja? 

Untuk apa kita buang masa, wang ringgit, tenaga dan sanggup berkorban kerana si dia sedangkan dia sendiri tidak menghargai kita dan tidak serius dengan hubungan yang dijalinkan. Biasanya lelaki sering dianggap punca dalam permasalahan cinta. Main kayu tiga itulah lelaki, tak jujur itulah lelaki jadi macamana nak tahu lelaki tu serius atau tidak dalam percintaan? Jom ketahuinya tanda-tanda lelaki seperti itu.

Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka

Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya terhadap ahli keluarga.
Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka berbuat sedemikian.

Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat

Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka.
Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan

Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan. 

Tiada perasaan tanggungjawab di dalam diri mereka terhadap diri anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.

Berkongsi masalah

Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda, ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah menerima anda sebahagian daripada hidup mereka.


Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati.


Wahai wanita! Penting bagi anda untuk mengenalpasti adakah insan lelaki di samping anda itu 
benar-benar serius atau sebaliknya dalam menjalinkan hubungan dengan anda. Cuba check dengan tips yang diberikan di atas. Adakah si dia serius atau tidak? Jika tidak, ucapkanlah Hai Hai Bye Bye pada si dia. Kepada yang sedang melalui hubungan yang serius semoga berterusan ke alam perkahwinan dan jangan lupa jemput admin di sini ye.

Posted by NURQALINA at 09:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka

couple
Bila sebut sahaja apa yang lelaki inginkan dari pasangan mereka mungkin para gadis akan cepat berkata lelaki hanya inginkan hubungan seks, harta dan mempermainkan mereka sahaja. Tetapi tidak semua lelaki sebegitu. Lelaki yang menjalinkan hubungan mereka dengan gadis pilihan mereka sentiasa tercari-cari sipakah yang betul-betul boleh memahaminya.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kali ini DuniaMaskulin akan terangkan apakah yang lelaki inginkan dari pasangan mereka. Mungkin artikel ini boleh dijadikan rujukan buat pasangan anda.

1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan. 

Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati bukan di kelak hari bukan?

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan.
Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang yang diberikan atau ditunjukkan.

3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki.
Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik, Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. 

Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain.
Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. 

Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.

Posted by NURQALINA at 09:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

50 petua bagaimana Menarik Perhatian Si Jejaka

love 

Bukan sahaja si lelaki yang perlu mengetahui bagaimana menarik perhatian golongan wanita tetapi golongan wanita juga perlu mengetahui bagaimana menarik perhatian lelaki sekiranya mereka minat dan ingin menjalinkan hubungan dengan mereka.

Sebagai seorang yang betul-betul inginkan sesebuah hubungan, anda perlulah tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang mereka tidak inginkan. Jadi petua di bawah mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menarik perhatian si jejaka idaman anda.
  • Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka
  • Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
  • Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka
  • Jujur dan sentiasa merendah diri
  • Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka
  • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
  • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
  • Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita
  • Jangan terlalu mengongkong
  • Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan
  • Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati
  • Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu
  • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
  • Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain
  • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka
  • Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
  • Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
  • Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
  • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
  • Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal
  • Mengetahui bila hari lahirnya
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
  • Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
  • Agresif
  • Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama
  • Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan
  • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’
  • Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita
  • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan
  • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
  • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka
  • Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis
  • Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat
  • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas
  • Jangan bersikap terlalu kuno
  • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya
  • Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun
  • Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
  • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
  • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
  • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
  • Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
  • Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan
  • Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Harap petua-petua di atas dapat membantu anda menambat hari si dia :)

 

 

Posted by NURQALINA at 09:02 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 17 April 2012

CABARAN MENGHIAS BLOG!!!

hihhihihhi....
macam2 kan link kena buat nutuk hias blog..
Ina bt setakat mampu jee nim..
Dah x pandai nk buat lebih2..

Biasa lar budak baru belajar kam.
Buat pom meste kena komen dkt org..
kuikuikui!!
Lucu lar.. Btw nim lerr kenangan ina..

Ina harap satu hari nanti,,
Ina mampu jadi blogger yg popular..
*terlebih perasan plak*
huhuhuh...

xper insyaallah..amin..
setakat nim jee ina mampu hias..
Kalu ader saper2 maw share lg cara hias blog..
Silalah dan dipersilakan..

ok...
sayang kamu semua..
see you allz next time...
:)
Posted by NURQALINA at 23:19 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 14 April 2012

NUR BATRISYA HUMAIRA

HUMAIRA!!!
Nim nama anak sedara saya yang paling sulung..
Semenjak kehadiran dia kami sekeluarga hidup lebih bahagia..
Dia mengisi kekosongan dalam hidup saya..

Sememangnya saya suka pada budak kecil..
Dia memang nakal dan selalu buat saya tersenyum..
Sayang Humaira sangat2!!

Nim gambar sepanjang dia membesar..
Dan setiap cuti semester..
Saya akan jaga dia sepenuh masa..
Dan luang masa bersama-sama..


hihihihih...
humaira suka bergambar jugak taw!!!


ummm...
humaira nangis!!
kesian dier!! ;)





hihihihh
blik semester jee meste saya dapatkan humaira dulu..
emmuuaahhh!!!





nim lerr kehidupan kami sekeluarga!!!



Posted by NURQALINA at 20:43 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

♥ OWNER OF THIS BLOG ♥

Qiyna Nani

Create Your Badge

Facebook Badge

Nurqalina

Promote Your Page Too
SAYA NURQALINA BINTI NANI
Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Sad Love Quotes
Love Quotes from Dolliecrave.com
Love Quotes
About Me Signs
About Me Signs
 
free counter

Get a Glitter Calendar Click Here

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Facebook Badge

Qiyna Nani

Create Your Badge
"/>SAYA SAYANG KAMU

JUMLAH PENGUNJUNG BLOG CINTA DISEMBER

Blog Archive

  • ►  2015 (9)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (6)
    • ►  March (6)
  • ►  2013 (15)
    • ►  December (14)
    • ►  November (1)
  • ▼  2012 (43)
    • ►  October (1)
    • ►  May (35)
    • ▼  April (7)
      • Antara Kelebihan-Kelebihan Cinta Kepada Allah
      • Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta
      • 4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan
      • Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka
      • 50 petua bagaimana Menarik Perhatian Si Jejaka
      • CABARAN MENGHIAS BLOG!!!
      • NUR BATRISYA HUMAIRA

CERITA QALINA

  • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki ‘Cair’
      Ayat ini semua dalam bahasa inggeris jadi kalau teman lelaki/ suami anda tak tahu bahasa inggeris pastinya semua ini tak akan membuatkan...
  • 4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan
    Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubun...
  • COURSE OUTLINE PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS
    COURSE OUTLINE  PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS 1.ACC406 - INTERMEDIATE FINANCIAL ...

About Me

My photo
NURQALINA
: NurQalina Bt Nani : 22 : Kelantan : Single :D Kehilangan seorang insan yang bergelar ABAH . :'(
View my complete profile

Followers


Travel theme. Powered by Blogger.