
Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan?  Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubungan  mesti kita hendak tahu pasangan kita itu serius atau tidak atau sekadar  teman untuk berseronok sahaja? 
Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka
Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan cuba untuk  memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan  bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada  hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk  menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya  terhadap ahli keluarga. 
Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga  terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk  tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk  memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka  berbuat sedemikian.Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat
Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa  berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha  keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan  bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka. 
Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata  bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka.  Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda  dengan lebih mendalam.
Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan
Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita.  Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia  menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana  pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak  memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan. 
Tiada perasaan tanggungjawab  di dalam diri mereka terhadap diri  anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup  atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka  sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.
Berkongsi masalah
Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah  terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi  masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja.  Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda,  ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah  menerima anda sebahagian daripada hidup mereka.
Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati  mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda.  Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru  sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika  pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan  anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati. 
Wahai wanita! Penting bagi anda untuk mengenalpasti adakah insan lelaki di samping anda itu
Wahai wanita! Penting bagi anda untuk mengenalpasti adakah insan lelaki di samping anda itu
benar-benar serius atau sebaliknya dalam  menjalinkan hubungan dengan anda. Cuba check dengan tips yang diberikan  di atas. Adakah si dia serius atau tidak? Jika tidak, ucapkanlah Hai Hai  Bye Bye pada si dia. Kepada yang sedang melalui hubungan yang serius  semoga berterusan ke alam perkahwinan dan jangan lupa jemput admin di  sini ye.

No comments:
Post a Comment