
Bila sebut sahaja apa yang lelaki inginkan dari pasangan mereka  mungkin para gadis akan cepat berkata lelaki hanya inginkan hubungan  seks, harta dan mempermainkan mereka sahaja. Tetapi tidak semua lelaki  sebegitu. Lelaki yang menjalinkan hubungan mereka dengan gadis pilihan  mereka sentiasa tercari-cari sipakah yang betul-betul boleh memahaminya.
1. Kejujuran
Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak  menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki  kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya  melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan  menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan. 
Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja  sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang  jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan  kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang  menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati  bukan di kelak hari bukan?
2. Hubungan Bebas Manipulasi
Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak  mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat  yang diberikan. 
Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki  tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik  sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih  sayang yang diberikan atau ditunjukkan.
3. Berdikari
Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam  menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di  mata seorang lelaki. 
Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil  bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti  tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis  tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.
4.Dinamik, Bertanggungjawab & Matang
Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang  mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang  boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat  gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu  mengawal emosi. 
Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model  dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja  yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.
5. Komitmen & Kesetiaan
Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah  perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami  komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. 
Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki  kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai  keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.
6. Pandai Memujuk
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa  yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan  itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling  tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. 
Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak  memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki  sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis  mampu mencairkan hatinya.

No comments:
Post a Comment