-->
GADIS ONLINE

Saturday, 15 March 2014

BACALAH - 10 TIPS HEBAT KELUARGA BAHAGIA

1. CIUMAN - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. CINCIN PERKAHWINAN - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. MAKAN MALAM ATAU BERCUTI - Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. PERUBAHAN - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. ADAB - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. LEMAH-LEMBUT DAN BERBUDI BAHASA - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. HADIAH - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. SENYUM - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. SENTUHAN - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. IMPIAN - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!!

{Aidil Sahipaludin}
Posted by NURQALINA at 05:06
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

♥ OWNER OF THIS BLOG ♥

Qiyna Nani

Create Your Badge

Facebook Badge

Nurqalina

Promote Your Page Too
SAYA NURQALINA BINTI NANI
Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Sad Love Quotes
Love Quotes from Dolliecrave.com
Love Quotes
About Me Signs
About Me Signs
 
free counter

Get a Glitter Calendar Click Here

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Facebook Badge

Qiyna Nani

Create Your Badge
"/>SAYA SAYANG KAMU

JUMLAH PENGUNJUNG BLOG CINTA DISEMBER

Blog Archive

  • ►  2015 (9)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (6)
    • ▼  March (6)
      • Tips untuk menjadikan anak seorang Al-Hafiz (orang...
      • BACALAH - 10 TIPS HEBAT KELUARGA BAHAGIA
      • DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK
      • Amalan ibu mengandung
      • Isteri Solehah
      • 8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah
  • ►  2013 (15)
    • ►  December (14)
    • ►  November (1)
  • ►  2012 (43)
    • ►  October (1)
    • ►  May (35)
    • ►  April (7)

CERITA QALINA

  • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki ‘Cair’
      Ayat ini semua dalam bahasa inggeris jadi kalau teman lelaki/ suami anda tak tahu bahasa inggeris pastinya semua ini tak akan membuatkan...
  • 4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan
    Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubun...
  • COURSE OUTLINE PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS
    COURSE OUTLINE  PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS 1.ACC406 - INTERMEDIATE FINANCIAL ...

About Me

My photo
NURQALINA
: NurQalina Bt Nani : 22 : Kelantan : Single :D Kehilangan seorang insan yang bergelar ABAH . :'(
View my complete profile

Followers


Travel theme. Powered by Blogger.