-->
GADIS ONLINE

Saturday, 15 March 2014

Tips untuk menjadikan anak seorang Al-Hafiz (orang yg mengahafaz Al-Quran).

1. Luangkan masa setiap hari hanya 30 minit bersama anak selepas solat. Adalah dicadangkan masa selepas solat Maghrib.

2. Bermula seawal 2 tahun. Ajak anak bersolat bersama-sama. Tidak mengapa anak yg masih belum mumayyiz ikut/meniru ibubapanya bersolat tanpa kefahaman yg betul.

3. Selepas bersolat, luangkan masa. Ajak anak-anak untuk mengaji bersama atau mendengar bacaan Al-Quran yg dibaca oleh kita ibubapanya.

4. Luangkan masa untuk mengajarnya mengenal huruf-huruf asas dalam Al-Quran dengan cara yg seronok sambil bergurau senda dan ketawa. Dicadangkan penggunaan Kad Imbas Khadijah kerana mempunyai elemen yg pelbagai untuk menjadikan suasana pembelajaran amat menyeronokkan.

5. Bacakan 1 surah pendek dari Juzuk 'Amma yg diulang 3 kali atau lebih dengan tajwid yg betul supaya anak-anak dapat mendengarnya dan ikut mengulanginya seberapa banyak yg boleh hingga anak-anak dapat mengingatinya. 

Tidak mengapa jika anak-anak mahu memegang Al-Quran sendiri sambil menunjuk-nunjuk pada mukasurat yg dibukanya walaupun entah apa yg ditunjuknya. Jangan marah. Tunjukkan sahaja cara yg betul memegang Al-Quran dengan baik.

6. Ajak anak mengulangi surah pendek yg dihafaznya pada bila-bila masa supaya ingatannya dapat ditukar menjadi memori.

7. Berikan anak masa untuk menyimpannya sebagai memori kerana ia harus kekal menjadi memori jangka panjang hingga ke akhir hayat. Tapi, sebelum itu kita harus faham yg memorinya hanya baru tersimpan di peringkat memori jangka pendek. Tidak mengapa jika kita bermula dengan surah yg pendek-pendek dahulu. Pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut kemampuan dan ia harus bersifat 'sedikit demi sedikit' dalam jangka masa panjang.

Dengan kesabaran dan keinginan yg tinggi serta doa kepada Yang Maha Pemberi, Insha Allah, anak-anak permata syurga kita boleh menjadi penyelamat kepada kita dan memakaikan kita mahkota terindah di Dunia abadi kelak.

Bi iznillah!
Posted by NURQALINA at 05:07
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

♥ OWNER OF THIS BLOG ♥

Qiyna Nani

Create Your Badge

Facebook Badge

Nurqalina

Promote Your Page Too
SAYA NURQALINA BINTI NANI
Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Sad Love Quotes
Love Quotes from Dolliecrave.com
Love Quotes
About Me Signs
About Me Signs
 
free counter

Get a Glitter Calendar Click Here

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Facebook Badge

Qiyna Nani

Create Your Badge
"/>SAYA SAYANG KAMU

JUMLAH PENGUNJUNG BLOG CINTA DISEMBER

Blog Archive

  • ►  2015 (9)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (6)
    • ▼  March (6)
      • Tips untuk menjadikan anak seorang Al-Hafiz (orang...
      • BACALAH - 10 TIPS HEBAT KELUARGA BAHAGIA
      • DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK
      • Amalan ibu mengandung
      • Isteri Solehah
      • 8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah
  • ►  2013 (15)
    • ►  December (14)
    • ►  November (1)
  • ►  2012 (43)
    • ►  October (1)
    • ►  May (35)
    • ►  April (7)

CERITA QALINA

  • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki ‘Cair’
      Ayat ini semua dalam bahasa inggeris jadi kalau teman lelaki/ suami anda tak tahu bahasa inggeris pastinya semua ini tak akan membuatkan...
  • 4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan
    Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubun...
  • COURSE OUTLINE PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS
    COURSE OUTLINE  PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS 1.ACC406 - INTERMEDIATE FINANCIAL ...

About Me

My photo
NURQALINA
: NurQalina Bt Nani : 22 : Kelantan : Single :D Kehilangan seorang insan yang bergelar ABAH . :'(
View my complete profile

Followers


Travel theme. Powered by Blogger.