-->
GADIS ONLINE

Friday, 11 May 2012

10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang


Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda

Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.

Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.

Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

Menjawab panggilan telefon secara sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.

Perubahan terhadap hubungan intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.

Bil pembayaran yang luar biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Tidak memakai cincin yang diberikan- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.
Posted by NURQALINA at 01:03
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

♥ OWNER OF THIS BLOG ♥

Qiyna Nani

Create Your Badge

Facebook Badge

Nurqalina

Promote Your Page Too
SAYA NURQALINA BINTI NANI
Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Sad Love Quotes
Love Quotes from Dolliecrave.com
Love Quotes
About Me Signs
About Me Signs
 
free counter

Get a Glitter Calendar Click Here

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Facebook Badge

Qiyna Nani

Create Your Badge
"/>SAYA SAYANG KAMU

JUMLAH PENGUNJUNG BLOG CINTA DISEMBER

Blog Archive

  • ►  2015 (9)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (6)
    • ►  March (6)
  • ►  2013 (15)
    • ►  December (14)
    • ►  November (1)
  • ▼  2012 (43)
    • ►  October (1)
    • ▼  May (35)
      • PENGALAMAN SAYA MENGHIAS BLOG!!!!
      • Apa Yang Perlu Anda Lakukan Dan Tidak Lakukan Dala...
      • 10 Tips Bagaimana Memelihara Cinta Yang Sejati
      • Bagaimanakah Meluahkan Bicara Romantis Untuk Si Dia
      • 10 Keajaiban Di Dalam Hubungan PerCintaan
      • Antara Sebab Mengapa Anda Masih Lagi Tiada Pasangan
      • Kenapa Couple Itu Haram
      • Kamu Cantik Sekali, Tapi!!
      • 7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
      • 10 Cara Bila Bergaduh
      • Isu Cinta - Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu S...
      • Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta
      • CINTA yang HALAL
      • Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain
      • Doa Isteri Solehah!!
      • ~Cinta Membuatkan Saya Buta~
      • Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk D...
      • Usah Dikenang Cinta Yang Lalu!!!
      • ~Tips Untuk Mengatasi Mengantuk Di Dalam Pejabat~
      • Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita!!!!
      • ~Rahsia Tarikh Lahir~
      • Bagaimana Rasanya Couple?
      • Tips Jodoh Tanpa Couple!!
      • Tips Mengatasi Putus Cinta
      • Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Wanita Itu
      • 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang
      • 10 Pertanyaan Sebelum Melamar Si Dia
      • 10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu Hubungan Percint...
      • 12 Tanda Bahawa Anda Sedang Di Lamun Cinta
      • Tip Kasih Sayang Menurut Islam
      • 8 Cara Kekal Romantik
      • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki...
      • AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR
      • ~ADAKAH BETUL TINDAKAN AKU~
      • Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Ba...
    • ►  April (7)

CERITA QALINA

  • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki ‘Cair’
      Ayat ini semua dalam bahasa inggeris jadi kalau teman lelaki/ suami anda tak tahu bahasa inggeris pastinya semua ini tak akan membuatkan...
  • 4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan
    Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubun...
  • COURSE OUTLINE PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS
    COURSE OUTLINE  PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS 1.ACC406 - INTERMEDIATE FINANCIAL ...

About Me

My photo
NURQALINA
: NurQalina Bt Nani : 22 : Kelantan : Single :D Kehilangan seorang insan yang bergelar ABAH . :'(
View my complete profile

Followers


Travel theme. Powered by Blogger.