Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat,  perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan.  Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu  tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.
Benarkah begitu? Di sini GUA ingin tekankan jangan mudah terkeliru  dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada  mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.
Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk  merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang  boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh  dengan perasaan cinta!
Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk  memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua  kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan  masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan  terus terikat kukuh.
1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda,  contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada  saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun  cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan  lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan  tercinta.
3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan  lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran  keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan  si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan  romantik.
4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya  adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya,  SMS yang berbunyi “I love you” pada saat-saat yang tidak dijangkanya.
5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan  masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa  kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa  diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia  bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan  membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.
6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik  di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat  oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya  akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap  anda sebagai tanda terima kasih.
7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti  menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa  yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa,  jawablah dengan penuh perasaan…“Because I love you..”
8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat  untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada  pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda. 

No comments:
Post a Comment