-->
GADIS ONLINE

Friday, 11 May 2012

~Cinta Membuatkan Saya Buta~



“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.


Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat


Cinta…


Saya pernah dibuat mabuk cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.


Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.


Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana HP saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.


Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual – bual dengan seseorang itu. Separah itu cinta membutakan saya saat itu.


Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Dimana dia yang dulu selalu ada untuk saya? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.


DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.


Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir. 
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU. 
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.

Posted by NURQALINA at 20:44
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

♥ OWNER OF THIS BLOG ♥

Qiyna Nani

Create Your Badge

Facebook Badge

Nurqalina

Promote Your Page Too
SAYA NURQALINA BINTI NANI
Sad Love Quotes from dolliecrave.com
Sad Love Quotes
Love Quotes from Dolliecrave.com
Love Quotes
About Me Signs
About Me Signs
 
free counter

Get a Glitter Calendar Click Here

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Facebook Badge

Qiyna Nani

Create Your Badge
"/>SAYA SAYANG KAMU

JUMLAH PENGUNJUNG BLOG CINTA DISEMBER

Blog Archive

  • ►  2015 (9)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (6)
    • ►  March (6)
  • ►  2013 (15)
    • ►  December (14)
    • ►  November (1)
  • ▼  2012 (43)
    • ►  October (1)
    • ▼  May (35)
      • PENGALAMAN SAYA MENGHIAS BLOG!!!!
      • Apa Yang Perlu Anda Lakukan Dan Tidak Lakukan Dala...
      • 10 Tips Bagaimana Memelihara Cinta Yang Sejati
      • Bagaimanakah Meluahkan Bicara Romantis Untuk Si Dia
      • 10 Keajaiban Di Dalam Hubungan PerCintaan
      • Antara Sebab Mengapa Anda Masih Lagi Tiada Pasangan
      • Kenapa Couple Itu Haram
      • Kamu Cantik Sekali, Tapi!!
      • 7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
      • 10 Cara Bila Bergaduh
      • Isu Cinta - Ketahui 10 Petanda Bahawa Wanita Itu S...
      • Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta
      • CINTA yang HALAL
      • Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain
      • Doa Isteri Solehah!!
      • ~Cinta Membuatkan Saya Buta~
      • Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk D...
      • Usah Dikenang Cinta Yang Lalu!!!
      • ~Tips Untuk Mengatasi Mengantuk Di Dalam Pejabat~
      • Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita!!!!
      • ~Rahsia Tarikh Lahir~
      • Bagaimana Rasanya Couple?
      • Tips Jodoh Tanpa Couple!!
      • Tips Mengatasi Putus Cinta
      • Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Wanita Itu
      • 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang
      • 10 Pertanyaan Sebelum Melamar Si Dia
      • 10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu Hubungan Percint...
      • 12 Tanda Bahawa Anda Sedang Di Lamun Cinta
      • Tip Kasih Sayang Menurut Islam
      • 8 Cara Kekal Romantik
      • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki...
      • AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR
      • ~ADAKAH BETUL TINDAKAN AKU~
      • Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Ba...
    • ►  April (7)

CERITA QALINA

  • 70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki ‘Cair’
      Ayat ini semua dalam bahasa inggeris jadi kalau teman lelaki/ suami anda tak tahu bahasa inggeris pastinya semua ini tak akan membuatkan...
  • 4 Tanda Sekiranya Lelaki Serius Terhadap Perhubungan
    Betul ke teman lelaki anda serius dalam hubungan yang anda jalinkan? Anda pasti? Anda sendiri tidak tahu jawapannya bukan. Dalam perhubun...
  • COURSE OUTLINE PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS
    COURSE OUTLINE  PROGRAMME BM250 - BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) BUSINESS ECONOMICS 1.ACC406 - INTERMEDIATE FINANCIAL ...

About Me

My photo
NURQALINA
: NurQalina Bt Nani : 22 : Kelantan : Single :D Kehilangan seorang insan yang bergelar ABAH . :'(
View my complete profile

Followers


Travel theme. Powered by Blogger.